45 minit ‘modal’ Mickey pikat Pan Gon

45 minit ‘modal’ Mickey pikat Pan Gon

45 minit ‘modal’ Mickey pikat Pan Gon
PEMAIN negara, Faisal Halim (dua dari kanan) bergambar bersama peminat ketika Majlis Pelancaran Pestabola Merdeka, hari ini. – FAM

KUALA LUMPUR – Dua gol yang dihasilkan ketika membelasah Kelantan 11-2 pada aksi Liga Super, Jumaat lalu jadi suntikan semangat buat Faisal Halim jadi pemain lebih kuat dan pikat hati pengendali negara, Kim Pan Gon.

Walaupun hanya ada 45 minit selepas selesai jalani penggantungan sebulan, bintang Selangor itu percaya jaringan itu hadir tepat pada masanya untuk kembali cemerlang bersama Harimau Malaya untuk hadapi perlawanan antarabangsa.

“Pemain lain sudah beraksi lebih banyak sehingga lima perlawanan dan saya hanya bermain selain 45 minit. Jadi saya mengharapkan situasi ini tidak mendatangkan masalah kerana sebagai pemain profesional, ini adalah tanggungjawab saya dan apa sahaja yang berlaku di belakang tabir, saya perlu teruskan demi skuad kebangsaan.



“Saya sudah bermain tanpa henti sejak Disember tahun lalu dan tidak berehat. Jadi Allah memberi cuti untuk saya berehat dan mengembalikan moral saya.

“Saya pun kembali dengan bertenaga dan kalau tiada apa-apa halangan, saya akan berikan yang terbaik demi skuad kebangsaan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Pestabola Merdeka di Wangsa Maju, hari ini.

Sebelum ini, Faisal atau lebih dikenali Mickey dijatuhkan hukuman penggantungan selama sebulan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM selepas didapati melanggar Artikel 61 Kod Tatatertib FAM (Kenyataan Akhbar) dan Artikel 82 Statut FAM (Sumbangan Kepada Media).

Bagaimanapun, Jawatankuasa Rayuan FAM membenarkan Mickey jalani latihan bersama Selangor sepanjang tempoh penggantungan bagi memastikan beliau dapat mengekalkan tahap kecergasan. – KOSMO! ONLINE



45 minit ‘modal’ Mickey pikat Pan Gon



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button