EPL kuasai pasaran perpindahan global

EPL kuasai pasaran perpindahan global

EPL kuasai pasaran perpindahan global
CHELSEA mengekalkan penguasaannya dalam pasaran perpindahan sejak tiga jendela lalu dengan mengeluarkan dana sehingga £1 bilion. – AFP

LONDON – Rekod perpindahan global untuk jendela perpindahan musim panas kali ini berjaya dipecahkan menyaksikan Liga Perdana Inggeris (EPL) berjaya menguasai carta berkenaan berdasarkan laporan yang dikemukakan oleh Transfermarkt.

Keseluruhan kos perpindahan di dunia telah menelan dana sebanyak £6.56 bilion (RM38.75 bilion) melibatkan 1,617 pemain yang bertukar majikan sekali gus melepasi rekod sebelum ini £6.51 bilion yang dicatatkan pada 2019.

EPL menjadi saingan liga yang berbelanja paling tinggi untuk musim 2023/24 apabila kelab-kelab yang bersaing mengeluarkan pelaburan sehingga £2.1 bilion (RM12.41 bilion) untuk mendapatkan 269 pemain baharu.



Liga Arab Saudi pula melakar kejutan apabila berada di kedudukan kedua senarai selepas pasukan-pasukan bersaing mengeluarkan perbelanjaan sehingga £727 juta (RM4.29 bilion) diikuti Serie A £683 juta (RM4.03 bilion), Bundesliga £598 juta (RM3.53 bilion), Ligue 1 £597 juta (RM3.52 bilion) dan La Liga £342 juta (RM2.02 bilion).

Perkembangan tersebut menyaksikan kelab-kelab utama EPL berjaya membawa liga berkenaan ke tahap lebih jauh berbanding liga-liga utama Eropah apabila menguasai 32 peratus pasaran perpindahan dengan peningkatan ketara berbanding 20 peratus kira-kira empat tahun lalu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

1MDB – Zeti Aziz saksi yang boleh dipertikai kredibiliti




Kelab-kelab dari Arab Saudi terlibat dalam membuktikan kekuatan kewangan yang dimiliki apabila menunjukkan peningkatan mendadak apabila penglibatan hanya kurang 1 peratus daripada penglibatan rekod perpindahan global pada 2019, namun kini menguasai 11 peratus.

Sementara itu, kelab-kelab dari saingan La Liga di Sepanyol dilihat tidak begitu ghairah untuk mengeluarkan pelaburan apabila mereka hanya menguasai 5 peratus perbelanjaan global untuk jendela kali ini berbanding 18 peratus kira-kira empat tahun lalu.

Chelsea menjadi pasukan dari EPL yang dominan menguasai pasaran perpindahan kali ini apabila mengeluarkan perbelanjaan sehingga £359 juta (RM2.12 bilion) dan mereka sudah menguasai tiga jendela sejak diambil alih oleh Todd Boehly dengan perbelanjaan keseluruhan sehingga £1 bilion (RM5.91 bilion). – AGENSI

EPL kuasai pasaran perpindahan global




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading