Wanita Sabah Tertarik Dengan Orang Pakistan

“Saya tertarik dengan sikap dia yang rajin dan berani selain pandai berniaga,” – wanita Sabahan.

Lelaki warga Pakistan yang datang ke Sabah sanggup nikahi wanita berusia termasuk yang berstatus nenek.

Warga asing didapati menyewa bangunan komersial, selain menyewa rumah atau premis daripada penduduk setempat yang diubah suai menjadi kedai dengan menjual pelbagai barangan keperluan harian.

 



Lelaki warga Pakistan yang berhijrah ke Sabah sanggup berkahwin dengan wanita berusia termasuk yang berstatus nenek, semata-mata mahu mendapatkan pas lawatan sosial suami asing kepada warga negara untuk tinggal lebih lama dan berniaga di negeri ini.

Seorang warga Pakistan dikenali sebagai Mohamad berniaga kedai runcit di Inanam mengaku berkahwin dengan wanita tempatan supaya dapat tinggal lama di Sabah.

“Bayangkan, lelakinya berumur 20-an atau 30-an, tetapi wanita tempatan yang dikahwini ada yang berumur 50 tahun hingga 60 tahun. Pada mulanya kita syak ada yang tidak kena dengan permohonan tersebut, tetapi apabila disemak dokumen semua lengkap, ada rekod jabatan agama,” katanya.

Musa berkata, ada juga pasangan lelaki Pakistan dan wanita warga tempatan yang berasal dari Sabah berkahwin di Semenanjung sebelum memohon pas lawatan sosial suami asing kepada warga negara di negeri ini.

Katanya, tindakan lelaki warga Pakistan yang merantau ke negara lain dan berkahwin dengan wanita tempatan untuk membolehkan mereka tinggal lama dan berniaga di sesuatu tempat, berlaku di seluruh dunia,” ujarnya.

Perkahwinan dengan wanita tempatan membolehkan lelaki warga asing menggunakan nama isteri untuk memohon lesen perniagaan Enterprise bagi memenuhi tujuan sebenar mereka datang ke Sabah iaitu menjalankan perniagaan, khususnya kedai runcit dan restoran.

“Warga Pakistan yang datang ke Sabah tidak ramai berbanding warga Filipina dan Indonesia tetapi mereka adalah antara warga asing yang dikesan paling ramai bernikah dengan wanita tempatan.

“Selepas berkahwin, mereka akan memohon pas lawatan sosial suami warga asing dan kebenaran bekerja. Jabatan Imigresen akan merujuk permohonan itu kepada Jabatan Ketua Menteri (JKM) dan biasanya memang boleh diterima.

“Nama isteri pula boleh digunakan memohon lesen berniaga tetapi yang menjalankan perniagaan adalah warga Pakistan tersebut. Kebanyakannya beginilah kes yang membabitkan warga Pakistan di Sabah,” katanya.

bh

Leave a Reply