Pegawai LHDN Akan Dedah Nama Ahli Politik?

 

Spekulasi pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan dedahkan nama ahli politik mula tersebar sejak malam semalam. Ini berikutan laporan polis yang di buat Dato Sri Najib Razak terhadap agensi tersebut.



Najib membuat pendedahan mengejutkan apabila menyatakan ada arahan tertentu dari ahli poltik kepada pegawai LHDN untuk mengenakan penalti cukai terhadapnya.

Menurut laporan polis yang dibuat Najib, beliau menamakan Ketua Pengarah LHDN dan beberapa pegawai turut bersubahat mengenakan beliau  dan ahli keluarganya.

 



 

Pegawai-pegawai LHDN terbabit dipercayai telah melanggar Seksyen 167, Seksyen 192, Seksyen 196, Seksyen 197 Kanun Keseksaan.

Mereka turut melanggar Seksyen 23 Akta SPRM yang membabitkan salah guna kuasa dan penggunaan dokumen palsu.

 



 

Lebih mengejutkan lagi, seorang pegawai tertinggi LHDN dikatakan telah menghadiahkan sebuah kereta mewah bernilai setengah juta ringgit kepada isterinya sendiri.

Adakah kenderaan tersebut sebahagian daripada imbuhan daripada ahli politik yang terbabit memberi arahan mengenakan Najib dan keluarganya?



 

 

Najib dalam pada itu bertindak mempelawa mana-mana individu terutama juruaudit cukai untuk memeriksa sendiri laporan cukai pendapatan beliau.



Pegawai LHDN yang terbabit sewajarnya tampil membuat laporan polis balas sekiranya merasakan Najib tidak membuat laporan adil terhadapnya.

Pegawai LHDN tersebut juga patut mendedahkan nama ahli politik yang memberikan arahan tersebut sebagaimana dakwaan Najib.

 



Related Articles

One Comment

Leave a Reply

Back to top button