55% telah lengkap divaksin – JKJAV

 

Seramai 17,973,545 individu atau 55% populasi keseluruhan di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

Melalui perkongsian infografik di laman Twitter rasminya hari ini, JKJAV memaklumkan seramai 21,783,871 individu atau 66.7% daripada populasi keseluruhan pula sudah mendapat sekurang-kurangnya satu dos suntikan.

Vaksinasi Orang Asli Pahang Berjalan Lancar

Sebanyak 202,298 dos vaksin Covid-19 yang merangkumi 62,108 dos pertama dan 140,190 dos lengkap turut diberikan semalam, menjadikan kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini sebanyak 39,685,414 dos.

PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.



fmt

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button