Pengunjung dikompaun langgar SOP di kawasan rekreasi

SYAHIDI BAKAR


ZAINAL MOHAMED (kira) ketika dilantik bagi menerajui IPD Gombak.

SEBANYAK tujuh kompaun dikeluarkan polis terhadap pengunjung didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika beriadah di kawasan air terjun Sungai Pisang, Gombak, semalam.

Selaim kompaun, 46 saman trafik turut dikenakan ke atas pengunjung kawasan itu di atas pelbagai jenis kesalahan.



Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata selain polis, Majlis Perbandaran Selayang (MPS) turut mengeluarkan dua kompaun ketika operasi bersepadu itu dijalankan bersama Jabatan Perhutanan Negeri Selangor di
kawasan air terjun Sungai Pisang di sini pada Khamis.

Menurutnya, kompaun dikeluarkan itu atas pelbagai kesalahan seperti tidak lengkap vaksinasi dan pengawal kawasan rekreasi itu didapati gagal memastikan penjarakan fizikal sesama pengunjung diamalkan.

Sementara bagi saman trafik pula katanya kebanyakan dikeluarkan di Jalan Ulu Yam membabitkan kenderaan pengunjung kawasan itu yang diletak di bahu jalan sehingga mengganggu pengguna jalan raya yang lain dan terpaksa mmemperlahankan kenderaan.



“Selain itu saman juga dikeluarkan polis terhadap penunggang motosikal melakukan kesalahan trafik seperti tiada cermin sisi, tidak memakai topi keledar serta tiada lesen memandu, katanya.

Menurut Zainal, kawasan rekreasi telah dibenarkan dibuka untuk orang awam namun pengunjung perlu peka mematuhi SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara.

Bagaimanapun katanya, kebenaran diberi itu terkecuali kepada kawasan rekreasi yang diwartakan sebagai Kawasan Hutan Simpan Kekal.

Baru-baru ini, Pegawai Perhutanan Daerah Selangor Tengah, Khairul Nizam Mohamed menyatakan kawasan hutan simpan termasuk air terjun Sungai Pisang masih lagi tak dibenarkan untuk sebarang aktiviti yang melibatkan orang ramai.



Perkara itu katanya, berpandukan kepada SOP terkini telah dikeluarkan oleh MKN yang tidak membenarkan aktiviti termasuk beriadah.

Sebelum ini, tular beberapa keping foto yang menunjukkan sekumpulan orang ramai bermandi manda dan berkelah, dipercayai di sungai terbabit tanpa ada penjarakan sosial yang mencetuskan kemarahan ramai.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button