Amah jadi ‘wirawati’ usir burung dalam flat

Oleh – Syeikh Baran


Amah jadi ‘wirawati’ usir burung dalam flat
SEORANG pembantu rumah berjaya menangkap seekor burung yang sesat di dalam sebuah unit flat di Singapura kelmarin. – Foto TikTok/Pakalupap1t00

Seekor burung terbang ke dalam sebuah flat sehingga menyebabkan penghuninya ketakutan, lapor portal berita asiaone hari ini.

Rakaman video kejadian yang dikongsi pengguna TikTok menerusi akaun Pakalupap1t00 menunjukkan burung sesat itu terbang di dalam kediaman itu sehingga mencetuskan situasi ‘huru-hara’. 



Bapa keluarga itu dikatakan bersembunyi di dalam sebuah bilik, manakala ibu dan anak-anaknya menjerit ketakutan. Kejadian berlaku malam kelmarin.

Bagaimanapun, seorang pembantu rumah wanita datang membantu menangkap haiwan tersebut.

“Ia cuma seekor burung,” katanya ketika cuba  menangkap haiwan itu.

Burung tidak diketahui spesiesnya itu akhirnya hinggap di dalam tandas flat berkenaan.



Pembantu rumah itu pantas menangkap burung itu dan melepaskannya melalui tingkap flat. –  AGENSI      

Sumber – KOSMO ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button