Coman jalani pembedahan jantung

 

Pemain sayap Bayern Munich, Kingsley Coman menjalani pembedahan bagi memperbetulkan degupan jantung tidak seragam, umum juara Jerman itu hari ini.

Pemain antarabangsa Perancis berusia 25 tahun itu dijangka kembali menjalani latihan dalam tempoh dua minggu, kata jurulatih Julian Nagelsmann.

“Dia ada masalah degupan jantung tidak seragam, sedikit masalah berkaitan jantung. Kami melakukan ECG untuk tempoh yang lama dan melakukan pembedahan ini,” kata Nagelsmann.

“Dia dalam keadaan yang bagus dan ada sedikit rasa sakit di bahagian pembedahan. Selepas bahagian itu pulih, dia boleh menjalani pemulihan dan tidak lebih 10 hari hingga dua minggu dia akan kembali berlatih.”

Coman akan terlepas dua perlawanan Bundesliga berdepan Bochum dan Greuther Fuerth selain mungkin tidak bermain dalam saingan Liga Juara-Juara bertemu Dynamo Kiev.


Bimbang dengan kesihatan jantung pemain selepas kejadian menimpa pemain tengah Denmark, Christian Eriksen yang mengalami serangan jantung terhenti pada Kejohanan Eropah, Nagelsmann bagaimanapun enggan mengulas lanjut keadaan Coman. – AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker