Dua “Tun Tua” akan lancar “Serangan fajar” terhadap kerajaan Perpaduan?

Dua “Tun Tua” akan lancar “Serangan fajar” terhadap kerajaan Perpaduan?

Dua "Tun Tua" akan lancar “Serangan fajar” terhadap kerajaan Perpaduan?

Oleh Adam Malik

Kami terima laporan bahawa sudah ada gerakan mahu tumbangkan kerajaan Perpaduan.

Ini kerana pihak tertentu sangat tergugat dan takut pendedahan terhadap mereka dan siapa mereka sebenar nya diketahui okeh rakyat.



Info yang portal kami terima adalah gerakan ini diterajui oleh dua individu yang dikira sangat tersepit dan terancam akibat tindak tanduk kerajaan Perpaduan  yang akan menyiasat salah laku dan kerja pengalihan wang secara sistematik Ketika mereka berkuasa dan selepas mereka berkuasa.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim dikatakan mahu menyiasat wang wang negara yang dipercayai dialihkan dengan pelbagai alasan Ketika kedua “Tun Tua” berkuasa.

Ia dipercayai dialihkan banyak keluar negara Ketika Gabenor Bank Negara ada lah orang lantikan dan suruhan mereka.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Isu Pengampunan: Rakyat Mesti Bertenang




Atas sebab yang sama mantan Gabenor Bank Negara masih berjaya dihalang dari didakwa oleh mereka.

Salah seorang anggota Majlis Kerja Tertinggi UMNO , Dato Lokman Nor Adam juga ada membuat kenyataan dalam siaran langsung audio nya bahawa kedua Tun atau dipanggil oleh nya sebagai ‘dua orang tua’ sedang merancang dan menerajui Tindakan ini.

Dua "Tun Tua" akan lancar “Serangan fajar” terhadap kerajaan Perpaduan?



Selain mahu selamatkan diri dari didakwa atas kes sendiri, kedua mempelai tua ini juga mahu selamatkan pihak lain yang membantu perbuatan mereka seperti Zeti Aziz dan Hakim Nazlan.

Maka , jika terlalu banyak yang hendak dipertahankan , lebih elok sahaja mereka tukar kerajaan , itu keputusan yang mereka ambil.

Kedua Tun ini tidak mahu rakyat jelata mengetahui perlakuan mereka yang sebenar dan mahu terus kekal dengan imej konon nya mereka suci dan orang lain yang bersalah dan menyamun.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Langkah G15 Untuk Tumbangkan Kerajaan Gagal





Dua "Tun Tua" akan lancar “Serangan fajar” terhadap kerajaan Perpaduan?

Menurut laporan Lokman Adam, setelah sekian lama tidak muncul tiba tiba Tun Daim terpaksa muncul dipejabat nya di bangunan Ilham untuk membuat temu janji dengan beberapa pemimpin parti politk yang turut sama tersepit dengan kes kes terhadap parti mereka.

Maka, konon nya akibat dana parti Bersatu telah disita untuk apa apa aktiviti, maka salah seorang “tua” ini dikatakan akan membiyai gerakan tumbang menumbang ini.



Jika dulu salah seorang “Tun Tua” ini ada bertindak dalam “Dawn Raid” di Bursa saham London, yang mengejutkan seluruh dunia , maka kali ini “Serangan fajar” akan dilancarkan terhadap kerajaan Perpaduan pula.

Ini terpaksa dan mesti dilaksana kan demi menutup kisah rompakan sebenar dan pengalihan wang negara secara sistematik berpuluh tahun lalu.

Apa pun menurut beberapa sumber, Anwar Ibrahim dan juga Timbalan nya Datuk Ahmad Zahid Hamidi sudah maklum akan inisitif pihak desperado ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mantan Peguam Negara: Pengampunan Di Raja Tidak Terikat Kepada Nasihat Lembaga Pengampunan




Sejak kebelakangan ini kisah skandal 1MDB dan SRC semakin terbongkar ia hanya satu kerja konspirasi jahat tambah lagi cubaan sembunyi jenayah Hakim dan bekas Gabenor yang masih tidak didakwa.

Plot semakin gagal dan skrip semakin  tidak masuk akal.

Maka, keperluan menjatuhkan kerajaan menjadi ‘vital’ dan keutamaan sebelum rakyat seluruh nya sedar pemenjaraan Najib Razak sekadar satu sandiwara dan konspirasi dengan perguna hakim hakim  pilihan dan pihak agensi yang sanggup bersekongkol.

Namun setelah bertukar kerajaan skrip sandiwara semakin terlondeh, laku pihak konspirator terpaksa tukar skrip baru dan plot menjatuhkan kerajaan sebagai opsyen yang perlu dilakukan.

Rakyat sudah penat mahu melayan karenah orang kaya tersepit kerana rakyat sendiri sedang menghadapi kehidupan  yang sukar.

Sepatut keutamaan terhadap masalah rakyat dan bukan masalah orang kaya tersepit.

Apapun ramai percaya Tindakan ini tidak akan berjaya kerana mereka yang membuat Tindakan sudah lagi tidak dipercayai oleh rakyat.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mantan Peguam Negara: Pengampunan Di Raja Tidak Terikat Kepada Nasihat Lembaga Pengampunan

 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading