Sajat menyamar jadi lembu untuk seludup keluar dari Malaysia?

Seorang penternak lembu menafikan dakwaan dia terlibat menyeludup keluar usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat menggunakan laluan kereta api di sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar.

Wan Azhar Harun, 51, hari hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar hari ini bersama peguam, Zuhair Ahmad Zakuan kira-kira 1 tengah hari sebelum keluar 39 minit kemudian.

Zuhair memaklumkan pemberita, bahawa anak guamnya hadir di IPD Kangar bagi membuat penafian terhadap dakwaan aktiviti penyeludupan individu yang bernama Nur Sajat yang ditularkan dan dilaporkan dalam media pada waktu ini.

 



infografik Metro



“Anak guam saya tidak terbabit sama sekali dalam hal ini dan tiada arahan tangkapan dikeluarkan polis untuk menangkap anak guam saya,” katanya menurut laporan Metro.

Penafian yang dilakukan oleh lelaki berkenaan turut disahkan oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, Mohd Anuar Jusoh.

Sementara itu Zuhair berkata, setakat ini pihaknya tidak membuat laporan polis ketika hadir melakukan penafian berkenaan.

fmt

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button