SPRM wajib siasat pendedahan MB Kedah

Mukhriz Mahathir mahu Sanusi dedah perincian berkaitan pemindahan wang sejumlah RM13 juta ke Kanada.

 



 

Sewajarnya MB Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor juga perlu memberi kenyataan rasmi mengenai dakwaan beliau berkenaan wang Menteri Besar Incorporated (MBI) berjumlah RM 13 juta kepada SPRM.

Jika perlu Sanusi juga boleh melaporkan kepada pihak SPRM berkaitan pendedahan tersebut tetapi sehingga kini tiada laporan di buat.



 

 

Semalam Sanusi mendedahkan wang milik MBI dipindahkan ke satu akaun berpengkalan di Kanada sewaktu era Mukhriz Mahathir menjadi Menteri Besar Kedah.



RM13 JUTA DUIT MBI KE KANADA

“Ditanya mengapa ungkit hal lama, saya tiada ungkit hal lama, ini zaman Datuk Mukhriz jadi menteri besar, bila dibangkitkan baru saya jawab hal lama pemindahan wang MBI 13 juta ke satu akaun di luar negara, di Kanada.” – Sanusi

Mukhriz memberikan respon berkaitan perkara tersebut mahu Sanusi bertanggungjawab atas dakwaan itu.

MUKHRIZ MAHU PERINCIAN PENUH



Beliau mahu Sanusi membuat kenyataan rasmi dan tidak mahu perkara tersebut sekadar propaganda serta tuduhan berat sebelah. 

“jangan buat kenyataan propaganda dan tuduhan, ini macam pukul curi” – Mukhriz

Pendedahan Sanusi perlu dipandang serius semua pihak terutama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Polis DiRaja Malaysia.

RM13 juta bukanlah satu amaun yang kecil bagi sebuah negeri seperti Kedah. Apatah lagi jika wang tersebut boleh digunakan bagi kepentingan rakyat Kedah itu sendiri.



Apa tindakan seterusnya yang akan dilakukan Sanusi selepas isu ini menarik perhatian seluruh negara?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button