Siapa calon Timbalan Speaker Perikatan Nasional?

 

Perikatan Nasional menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Pengerusi PN menyatakan tiada keperluan untuk jawatan Timbalan Speaker Ke-3 diwujudkan.



 

Menggunakan peruntukan Perkara 57(3) Perlembagaan Persekutuan sebagai antara alasan Perikatan Nasional menolak sebarang usul pindaan bagi menambah jawatan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Adakah dengan kenyataan ini Perikatan Nasional mahu memberitahu mereka sudah ada calon sendiri dari kalangan PN untuk dilantik sebagai Timbalan Speaker dan menolak pencalonan Ahmad Maslan dan Nga Kor Ming?



Buat masa sekarang jawatan Timbalan Speaker disandang oleh Dato Rashid Hasnon dari PPBM selepas Azalina Othman meletakkan jawatannya.

Benar buat masa sementara, Azalina seringkali dilihat menggantikan Speaker dan Timbalan Speaker apabila diminta berbuat demikian.

Tetapi berapa lama lagi memandangkan kini Azalina merupakan Penasihat Khas (Undang-Undang) kepada Perdana Menteri, Dato Sri Ismail Sabri Yaakob.



Kita tidak mahu seorang Timbalan Speaker yang mempunyai jawatan lain dalam kabinet kerana ia akan menimbulkan prejudis terhadap pertimbangan saksama seorang Timbalan Speaker.

Adakah PN mahu kerajaan tunduk kepada apa sahaja kemahuan serta desakan mereka?

Ini perlu dijelaskan dengan baik bagi mengelak kekeliruan umum mengapa PN tidak menyokong usul tersebut.

Perlu diingatkan apa yang terjadi di Melaka mampu menggugat MoU yang telah ditandatangani pemimpin pembangkang dan kerajaan.



Perikatan Nasional Perlu Jelaskan Pendirian

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button