Rakaman ‘cross court’ dedah belang sebenar

 

Tular satu rakaman suara yang dikaitkan dengan seorang Adun Melaka dikenali sebagai ‘Derih Cross Court’ dengan Ahli Parlimen Bera berbual mengenai hal politik Melaka.

Walau penafian dilakukan Idris Haron, beliau tidak boleh sama sekali menafikan kronologi politik yang disebut dalam perbualan itu.

Siapa Haji Said Jusoh yang disebut dalam rakaman tersebut? Hanya Idris Haron boleh menjawap persoalan siapa nama-nama yang disebut dalam perbualan itu?

“i have the numbers”, seperti mengulang ayat Anwar Ibrahim bagi menarik keyakinan pendengar terhadapnya.

Banyak lagi perbualan yang menjurus kearah Idris Haron walau cuba dinafikannya. Politik Melaka tidaklah sebesar mana apabila nama Rauf dan Sulaiman disebut. 

Apa motif sebenar rakaman tersebut dilakukan? Bagaimana pula rakaman boleh tersebar?

Segalanya perlu dijawap Idris Haron. Apa yang didedahkan telah menampakkan sikap sebenar Idris Haron berkaitan motif beliau menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Melaka.

Inikah ‘sisi gelap’ Idris Haron yang selama ini tidak diketahui ramai terutama rakyat Melaka?

Bayangkan kini perbualan anda boleh dirakamkan dan disebarkan sesuka hati jika tidak menuruti kehendak perakam. Modus operandi tidak ubah seperti ‘scammer’ yang mahu memeras orang lain.

 

 

 

Leave a Reply