Arau sedia serahkan kerusi kepada PPBM?

Bendera PPBM dalam perasmian Bahagian Arau

 

Kerusi Parlimen Arau milik UMNO sedia diserahkan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia pada Pru15 kelak? 



Persoalan tersebut timbul apabila bendera PPBM turut digantung bersama bendera UMNO semasa perasmian mesyuarat Bahagian Umno Arau semalam.

Perasmian dilakukan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim bertempat di Pusat Khidmat Kubang Gajah.

PERASMIAN MESYUARAT AGUNG BAHAGIAN ARAU

Pada Pru14, parlimen Arau dimenangi Shahidan dengan jumlah undi 16,547 menewaskan PAS (11,362) dan PKR (11,691). Majoriti yang diperolehi BN berjumlah 4,856.



Bersediakah Shahidan  memberi laluan kepada PPBM sebagai tanda persahabatan dengan parti itu dan menikmati kehidupan selepas tidak lagi bergelar ahli politik?

Untuk merealisasikan impian untuk UMNO menerima PPBM, Shahidan perlu menunjukkan contoh terbaik.

Begitu juga dengan pemimpin UMNO (termasuk Ketereh) yang lain yang turut memperjuangkan kerjasama dengan PPBM.



Usah risau akan kedudukan dalam politik kerana PPBM memegang janji dan akan menunaikan amanah yang diberikan kepada mereka oleh pemimpin UMNO.

Begitu tinggi penghargaan yang diberikan Arau kepada PPBM sehingga bendera PPBM dan PAS yang bukan berada dalam komponen UMNO diberikan penghormatan turut digantung untuk perasmian mesyuarat Bahagian?

Apa komen ahli Umno Arau yang lain? Mereka sekadar jadi ‘tekukur’ yang mengangguk sahaja dengan membiarkan sahaja bendera parti lain berada bersama dalam mesyuarat Bahagian? 

Sudah hilangkah maruah ahli UMNO Arau apabila tidak berani menyanggah Shahidan?



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button