Bayi bertali pusat ditemui atas rumput

bayi atas rumput

 

Tergamak tinggalkan bayi perempuan di kawasan rumah kongsi perumahan Taman Ara Sendayan, Bandar Sri Sendayan, di sini.

Bayi baru berusia 36 hari itu bagaimanapun sempat diselamatkan orang ramai dan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah, Mustafal Bakri Mohammad Yusof berkata, pihak JKM kini mencari berusaha mengesan ibu kandung atau waris kepada bayi perempuan terbabit.

Menurutnya, mengikut peruntukan Seksyen 17(1)(e)(ii) Akta Kanak-kanak 2001, bayi itu diperintahkan diletakkan di bawah jagaan orang yang layak dan sesuai.

“JKM juga menerima kebenaran mengikut Seksyen 15 Akta Kanak-kanak 2001 untuk melakukan siaran atau hebahan di akhbar,” katanya tadi.

Beliau berkata, JKM ingin mengesan waris kepada bayi berkenaan bagi tujuan siasatan serta tindakan lanjut.

“Waris atau kenalan serta orang awam yang mengenali ibu kandung kepada bayi terbabit boleh menghubungi Pelindung Kanak-kanak, Emelia Kamarulzaman 06-6015798,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di atas rumput berdekatan rumah kongsi berhampiran Precint 3, Taman Ara Sendayan, 7 September lalu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim dalam kenyataannya berkata, polis menerima maklumat berkenaan penemuan bayi terbabit pada jam 11.52 pagi daripada seorang lelaki.

metro

Leave a Reply