PRN Melaka – AMANAH lebih jujur dari PAS

ADLY ZAHARI - AMANAH

Pengerusi AMANAH Melaka, Adly Zahari berkata AMANAH ternyata lebih jujur daripada PAS dalam berpolitik dan muafakat dengan rakan kongsi.

Beliau mengulas kenyataan Pesuruhajaya Pas Melaka yang ditulis dalam portal Melaka Hari Ini.

“PAS tidak ada satu pendirian yang betul, masih tidak pasti mana arah tuju mereka. Sebenarnya kalau dia (PAS) hendak bertanding atas tiket mana?”

Adly tegas menyatakan AMANAH tidak memainkan rakan kongsi politik dalam berpolitik dan tidak menunjukkan sikap dominan dalam Pakatan Harapan.

“sebenarnya kalau kita lihat model perpaduan ummah yang dilaungkan PAS tidak jujur…apa yang di bawa oleh PAS adalah satu muslihat politik mereka (PAS)” – Adly Zahari.

Saingan sengit yang dijangkakan antara AMANAH dan PAS dalam PRN Melaka akan menentukan pihak mana sebenarnya yang lebih jujur kepada rakyat Melaka.

AMANAH yang merupakan serpihan PAS tidak pernah dipelawa PAS dalam konteks perpaduan parti kaum Melayu.

Bagaimana PAS yang kononnya sayang akan perpaduan Melayu menolak AMANAH sekiranya mereka benar-benar berjuang untuk kepentingan orang Melayu dan Islam?

Rakyat Melaka lebih bijak menilaikan samada PAS yang bijak bermain madah atau AMANAH lebih jujur dalam mendekati rakyat.

PPBM pengkhianat mandat rakyat – Adly Zahari

Leave a Reply