Idris Haron mengaku 4 kali jadi ‘pengkhianat’

Datuk Seri Idris Haron

Datuk Seri Idris Haron mengakui beliau telah 4 kali digelarkan sebagai ‘pengkhianat’ parti sepanjang 3 tahun lepas.

“sebenarnya tempoh tiga tahun setengah ini saya telah empat kali digelar pengkhianat..saya sebut akhbar itu Star..” 



Kali pertama beliau digelar sebagai pengkhianat ketika laporan sebuah akhbar menyatakan bekas Ketua Menteri akan keluar parti.

“pengkhianat kali keempat…dari Dato Onn Jaafar sampailah Tengku Razaleigh, Anwar Ibrahim sampailah ke Tun Mahathir digelar pengkhianat…nampaknya semua pengkhianat ini adalah ‘wira-wira’ yang membela nasib rakyat sebenarnya” – Idris Haron.

Beliau berkata demikian semasa ditemuramah krew Anda Musykil Kami Terjah di Casa del Rio, Melaka.

Idris bersama 3 lagi Adun telah menarik sokongan kepada Ketua Menteri Melaka, Dato Seri Utama Sulaiman Ali dan menyebabkan TYT membubarkan DUN bagi memberi laluan untuk Pilihanraya Negeri diadakan.



Umno telah mengambil tindakan memecat beliau dan Datuk Nor Azman dari parti kerana tindakan mereka berdua bersama seorang Adun PPBM dan seorang Adun Bebas yang meletakkan nyawa rakyat Melaka dalam dilemma.

Hasrat mereka bersama Pakatan Harapan untuk mengambil alih tampuk kepimpinan negeri menemui jalan buntu.

Pihak Suruhanjaya Pilihanraya telah mengumumkan satu PRN akan diadakan pada 20 November bagi rakyat Melaka memilih sebuah kerajaan baru dengan mandat baru.

“Itulah yang paling menikam saya” – Idris Haron



 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button