Lebuh raya utama sesak

Kuala Lumpur: Aliran trafik tinggi di lebuh raya utama negara sejak awal pagi tadi berikutan pertambahan jumlah kenderaan susulan orang ramai bergerak ke kampung halaman masing-masing bagi sambutan Aidilfitri.

Berdasarkan Twitter rasmi Anih Bhd sehingga jam 8 pagi tadi, beberapa laluan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak arah timur sesak, antaranya sebelum Plaza Tol Gombak, Gombak ke Bukit Tinggi dan Lentang ke Bentong.

Berikutan kesesakan di Lentang ke Bentong, laluan kontra diaktifkan di KM 55.2 hingga KM 59.2 arah Kuantan.



Sementara itu, aliran trafik perlahan dilaporkan di beberapa laluan di Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, menurut akaun rasmi Twitter PLUS trafik.

Antarannya dari Sungai Buaya ke Bukit Tagar; Sungkai ke Tapah; Slim River ke Sungkai; Tapah ke kawasan mendaki Gua Tempurung; Bukit Berapit ke Bukit Gantang; Bukit Beruntung ke Bukit Tagar; Kuala Kangsar ke Bukit Berapit dan Terowong Menora ke Bukit Berapit.

Twitter rasmli Lembaga Lebuhraya Malaysia pula memaklumkan, trafik perlahan di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) membabitkan laluan keluar ke Plaza Tol Kuala Terengganu.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline 1800-88-0000 dan laman Twitter di http://www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-887752 serta laman Twitter di http://www.twitter.com/LLMtrafik.



METRO


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading