YASMIN HANI AKAN DEDAH STATUS RUMAH TANGGA BILA BERSEDIA

YASMIN HANI AKAN DEDAH STATUS RUMAH TANGGA BILA BERSEDIA

YASMIN HANI AKAN DEDAH STATUS RUMAH TANGGA BILA BERSEDIA

Menerusi muat naik di laman Instagram, pelakon dan pengacara, Yasmin Hani telah meluahkan rasa hati seperti membayangkan beratnya badai yang melanda dalam perkahwinannya bersama Shahrin Razali.

Yasmin atau nama penuhnya Yasmin Hani Ismail Richardson itu bagaimanapun sangat bersyukur kerana banyak pihak tidak henti-henti memberikan sokongan terhadap dirinya pada waktu sukar ketika ini.



“Banyak yang telah saya lalui sejak kebelakangan ini. Saya berasa sangat bersyukur dapat tahu ramai yang munculkan diri dan memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada saya.

“Terima kasih kepada kalian semua orang yang baik-baik. Bless your hearts (terima kasih atas keprihatinan). Terus senyum dan percaya keadaan akan jadi lebih baik. Insya-Allah,” kata Yasmin.

Terdahulu, ibu kepada dua cahaya mata itu mendedahkan dalam satu program hiburan bahawa rumah tangganya dengan suami sedang dilanda masalah.



Kata Yasmin, dia masih berstatus isteri kepada Shahrin yang merupakan bekas pemain drum Blackrose dan hanya akan mendedahkan lebih lanjut tentang status perkahwinan mereka apabila dirinya sudah bersedia.



Untuk makluman, Yasmin dan Shahrin berkahwin pada 2011 dan dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Noah Ismail Wong, 8, dan Eissa Elzander Wong, 5.

YASMIN HANI AKAN DEDAH STATUS RUMAH TANGGA BILA BERSEDIA


Disyorkan Untuk Anda :


Melaka rindukan BN, gelagat rakyat dengan Najib



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button