Spyware Pegasus intip organisasi sokong Palestin

Syarikat Israel, Kumpulan NSO membangunkan spyware Pegasus untuk tujuan intipan. – Foto ilustrasi AFP

Spyware Pegasus intip organisasi sokong Palestin

BAITULMAQDIS: Siasatan oleh kumpulan hak asasi Eropah menemui spyware buatan Israel, Pegasus digunakan untuk menggodam telefon kakitangan organisasi masyarakat awam Palestin, yang disasarkan oleh negara itu.

Pendedahan oleh Frontline Defenders disahkan oleh Amnesty International dan Makmal Warga Universiti Toronto, dilihat sebagai perkembangan terbaharu terhadap kontroversi enam organisasi terkemuka Palestin yang didakwa sebagai pertubuhan ‘keganasan’ oleh Kementerian Pertahanan Israel, bulan lalu.

Pegasus, syarikat yang dibangunkan NSO berada dalam senarai hitam Amerika Syarikat (AS) minggu lalu, didakwa menjadikan telefon sebagai peranti pengintipan yang memberi akses penuh kepada kandungan dalam telefon tanpa dikesan.



Israel mendakwa organisasi kerja Palestin itu bekerjasama dengan Barisan Pembebasan Palestin, yang didakwa sebagai organisasi pengganas oleh banyak negara Barat.

Antara yang sering dilabel sedemikian ialah Addameer, Al-Haq, Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Bisan, Perlidungan untuk Kanak-kanak Antarabangsa – Palestin (DCI-P), Kesatuan Jawatankuasa Kerja Pertanian (UAWC) dan Kesatuan Jawatankuasa Wanita Palestin (UPWC).

Menurut siasatan Frontline Defenders, enam peranti digunakan oleh pekerja yang disasarkan sudah digodam dengan perisian pengintip Pegasus, termasuklah warganegara AS, Ubai Al-Aboudi, yang juga ketua Pusat Bisan serta warga Perancis Salah Hammouri, seorang penyelidik di Adameer.

Makmal Keselamatan dan Makmal Warganegara Amnesty International turut mengesahkan penemuan itu.



Pegawai Israel ketika diminta mengulas enggan mengesahkan Pegasus digunakan terhadap kumpulan Palestin. – AFP

Spyware Pegasus intip organisasi sokong Palestin


Disyorkan Untuk Anda :




Related Articles

Leave a Reply

Back to top button