SpaceX hantar empat angkasawan ke ISS



SpaceX hantar empat angkasawan ke ISS
Roket Falcon 9 yang membawa empat angkasawan Crew-3 berlepas dari Pusat Angkasa Kennedy di Florida. – Foto AFP

SpaceX hantar empat angkasawan ke ISS

WASHINGTON: Selepas beberapa kali ditangguhkan, syarikat persendirian milik Elon Musk, SpaceX membawa empat angkasawan ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) malam tadi dalam misi ‘Crew-3′.

Pos luar orbit itu kini beroperasi dengan hanya seorang angkasawan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) di segmen Amerika Syarikat (AS) untuk mengalu-alukan kehadiran krew berkenaan selepas angkasawan misi Crew-2 sebelum ini mendarat di Teluk Mexico pada Ahad malam.

Misi yang membawa tiga warga AS iaitu Raja Chari, Kayla Barron dan Tom Marshburn dan seorang rakyat Jerman, Matthias Maurer itu berlepas dengan kapsul Crew Dragon yang dipasang pada roket Falcon 9 pada 9:03 malam tadi, waktu tempatan (O203 GMT) dari Pusat Angkasa Kennedy di Florida.



Pelancaran itu disambut dengan tepukan gemuruh di bilik kawalan SpaceX.

Kapal angkasa dipanggil Endurance itu akan tiba di ISS pada jam 7:10 petang hari ini.

Pentadbir bersekutu NASA, yang juga bekas angkasawan, Bob Cabana menyifatkan pelancaran itu sebagai ”mengujakan’.

“Saya fikir ia adalah masa yang menakjubkan untuk program angkasa lepas Amerika. Kita kini tentunya berada di titik perubahan,” katanya.



Penerbangan itu yang pada mulanya dijadualkan pada 31 Oktober ditangguhkan beberapa kali kerana faktor cuaca, dan kemudiannya isu kecil ‘perubatan’ membabitkan salah seorang kru.

Namun, menurut NASA, yang tidak mendedahkan identiti individu berkenaan berkata, ia bukan disebabkan COVID-19.

Kolonel tentera udara AS, Chari mengetuai misi itu dan melakukan perjalanan pertamanya ke angkasa lepas, bersama-sama dengan Barron dan Maurer.

Antara misi saintifik yang akan dijalankan sepanjang penerokaan itu adalah percubaan untuk menanam tumbuhan di angkasa tanpa tanah atau kaedah lain, selain lagi membina gentian optik dalam mikrograviti.



Kumpulan itu akan berada di angkasa selama enam bulan dan menjalankan penyelidikan bagi membantu penerokaan angkasa lepas pada masa depan, sekali gus memberi manfaat kepada kehidupan di bumi. – AFP

SpaceX hantar empat angkasawan ke ISS



Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook kami




Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker