‘Kena tipu konon…’

'Kena tipu konon...'

‘Kena tipu konon…’

KUCHING: Gara-gara takut perbuatannya tidur ketika bertugas diketahui majikan seorang lelaki membuat laporan polis mendakwa dia menjadi mangsa samun, petang tadi.

Dalam laporan polis yang dibuatnya, lelaki berusia 25 tahun yang bekerja di sebuah syarikat pengimport peralatan perindustrian di Muara Tabuan di sini, mendakwa didatangi dua lelaki tidak dikenali dan memakai pelitup muka kira-kira jam 5 petang.



Dia turut mendakwa seorang lelaki terbabit mengacukan pisau ke lehernya manakala seorang lagi merampas telefon bimbitnya dan wang tunai menyebabkan dia kerugian RM5

Bagaimanapun, polis yang menjalankan soal siasat mengesan sesuatu yang mencurigakan dalam laporan itu.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah, berkata selepas disoal berulang kali, akhirnya lelaki terbabit mengaku bahawa laporan itu adalah palsu.

“Dia mengaku membuat laporan palsu itu bagi mengelak daripada diketahui majikannya kerana dia tidur ketika bertugas.



“Lelaki itu akan dihadapkan ke mahkamah Isnin ini atas kesalahan membuat laporan palsu,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Sehubungan itu, Ahsmon mengingatkan orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya membuat laporan palsu.

“Individu yang melakukan laporan palsu boleh didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan.

“Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda maksimum RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya.



‘Kena tipu konon…’




Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook kami




Related Articles

Leave a Reply

Back to top button