Ladang ternakan ayam Belgium kena perintah berkurung

Ladang ternakan ayam Belgium kena perintah berkurung
Begium mengesan penularan selesema burung berpunca daripada itik liar. – Foto AFP

Ladang ternakan ayam Belgium kena perintah berkurung

BRUSSELS: Belgium mengarahkan ladang ternakan unggas dikenakan perintah berkurung hari ini selepas kes selsema burung dikesan membabitkan itik liar.

Penemuan itu menyebabkan langkah kuarantin seperti mana yang sudah dilaksanakan di beberapa negara jiran, turut dilakukan di Belgium.

Pihak berkuasa juga cuba mengelakkan burung ternakan daripada bercampur dengan hidupan burung liar terbang berhijrah bagi mencegah penularan virus H5N1 daripada merebak.



Ini berikutan itik liar sakit ditemui di Schilde, sebuah bandar di pinggir timur Antwerp, bandar moden kedua terbesar Belgium.

Negara jiran Perancis dan Belanda turut mengenakan pengurungan haiwan ternakan sejak tiga minggu lalu susulan penularan wabak di wilayah berkenaan.

Sekatan Belgium memerlukan penternak memastikan ternakannya terkurung dan tidak meminum air daripada sumber yang boleh diakses burung liar.

Selain itu, orang awam juga digesa memaklumkan kepada pihak berkuasa jika menemui sebarang unggas mati di kawasan persekitaran.



“Kami mahu mengelak penyakit ini menjangkiti ternakan dan mencegah kemudaratan yang dialami sektor itu pada masa lalu,” kata Menteri Pertanian David Clarinval.

Sementara itu, agensi keselamatan makanan kebangsaan pula memaklumkan virus yang kini menular tidak berbahaya kepada manusia.

Sambil itu, pihak terbabit menegaskan daging ayam dan telur boleh terus dibeli di Belgium.

Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah mengatakan H5N1 ‘sudah terbukti dapat menular kepada manusia’ tetapi jangkitan seperti itu daripada burung jarang berlaku. – AFP



Ladang ternakan ayam Belgium kena perintah berkurung





Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading