Ukraine bakal tawar insentif tunai galak vaksinasi

kraine bakal tawar insentif tunai galak vaksinasi

Ukraine bakal tawar insentif tunai galak vaksinasi

KIEV: Rakyat Ukraine bakal ditawarkan insentif tunai untuk mendapatkan suntikan dua dos vaksin COVID-19.

Presiden Volodymyr Zelensky mengumumkan perkara itu, semalam, sebagai usaha meningkatkan kadar inokulasi yang masih rendah di negara ini.



“Setiap orang yang mendapatkan suntikan dua dos itu akan menerima 1,000 hryvnia atau kira-kira 35 euro (AS$40),” katanya dalam kenyataan melalui video.

Kurang satu per tiga daripada populasi Ukraine – antara negara termiskin di Eropah – sudah lengkap vaksinasi, setakat ini.

Zelensky berkata, wang itu boleh digunakan untuk membayar keahlian kelab sukan, selain membeli tiket untuk memasuki panggung wayang, teater atau muzium.

Di samping itu, beliau berkata, ia juga boleh digunakan untuk membeli tiket kereta api atau kapal terbang bagi perjalanan dalam negara.



“Kesemua itu adalah sektor yang paling terjejas akibat pelaksanaan perintah berkurung,” katanya.

Ukraine bakal tawar insentif tunai galak vaksinasi





Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading