Presiden Syria batal jawatan mufti terkemuka

Presiden Syria batal jawatan mufti terkemuka
Mufti Besar Syria, Ahmed Badreddin Hassoun berucap semasa perhimpunan Krismas di Katedral di Damsyik pada 25 Disember 2013, dalam gambar yang dikeluarkan oleh agensi rasmi SANA. – Foto AFP

Presiden Syria batal jawatan mufti terkemuka

DAMSYIK: Presiden Syria, Bashar al-Assad mengeluarkan dekri yang menghapuskan jawatan ulama tertinggi Islam untuk negara itu dan memperluaskan kuasa kementerian kerajaan yang menyelia hal ehwal agama.

Dekri baharu yang dilaporkan media negara berkuat kuasa semalam itu memaksa Ahmed Badreddin Hassoun yang dilantik sebagai mufti agung oleh Assad pada 2004, bersara.

Menurut agensi berita rasmi SANA, hak prerogatif Assad itu membentuk sebuah majlis yang terletak di bawah kementerian wakaf agama atau wakaf, yang sudah pun menyelia hal ehwal Islam di Syria.



Menurutnya, mulai sekarang Majlis Perundangan Islam akan menentukan kalendar lunar dan membuat keputusan mengenai perkara berkaitan dengan upacara keagamaan.

Bagaimanapun, agensi berita itu tidak menjelaskan sebab di sebalik langkah itu tetapi ia berlaku selepas bertahun-tahun usaha kerajaan untuk memperluaskan pengawasan negara terhadap hal ehwal agama.

Pada 2018, Assad mengeluarkan dekri mengehadkan tempoh perkhidmatan mufti yang sebelum ini tidak terhad, kepada tempoh boleh diperbaharui selama tiga tahun.

Ia juga meluaskan kuasa menteri wakaf, membolehkan beliau menamakan mufti yang sebelum ini dilantik oleh presiden.



Undang-undang itu mencetuskan kontroversi, dengan ramai orang di media sosial menyatakannya sebagai campur tangan negara dalam hal ehwal agama.

Sementara itu yang lain, menyatakan langkah itu dilihat sebagai satu cara mengawal wacana agama untuk ‘menentang ekstremisme’. – AFP

Presiden Syria batal jawatan mufti terkemuka



Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook kami




Related Articles

Leave a Reply

Back to top button