RESEPI NASI DAGING BERSAMA AIR ASAM KERISIK



 

Bahan-Bahan:

1/2 kilo daging – dipotong kecil
1/2 kilo beras basmathi – bersih dan toskan
3 sudu butter
2 sudu minyak masak
Sepaket rempah sup
1 ketul kiub daging lembu
1 uncang sup bunjut
garam Dan perasa tambahan(ajinomoto)

Bahan tumis

4 sekawan – kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga (rempah menumis)
2 helai daun pandan(di simpul)
1 batang serai – diketuk
1 biji bawang besar – dihiris*
3 ulas di bawang putih – di hiris*
1 inci halia – di hiris*
Air secukupnya- ikut sukatan beras
.
Cara-Cara-

Sediakan periuk,masukkan butter Dan sikit minyak. tumis 4 sekawan, daun pandan dan halia,serai.masukkan semua bhn yg dihiris



Masukkan rempah sup yg telah dibancuh dgn sedikit air,kacau biar wangi dan garing.masukkan daging,serta air yang telah disukat dengan sukatan beras.setelah air mendidih, masukkan kiub daging dan garam secukupnya.(suaikan rasa)

Masukkan beras dan masak guna rice cooker untuk nasi masak sekata.

Bila nasi dh masak,gembur2 kan nasi guna garfu.boleh ambil daging yg ada dalam nasi untuk dicicah bersama air asam.atau biarkan saja dlm nasi tu. tabur bawang goreng Dan daun sup.sedia utk di nikmati.

Note-Daging beli daging yg [email protected] batang pinang.boleh terus masak.
Kalau daging biasa, rebus dulu berasingan dan air rebusan daging tu guna utk masak nasi daging.

AIR ASAM KERISIK

2 biji cili merah besar
10 biji cili api
1 biji tomato
1 inci belacan yg di bakar
air asam jawa secukupnya
1 paket kecil kerisik
5 sudu sos lemon (yakin)
3 sudu sos plum
gula & garam

Bahan utk dihiris



1 biji Tomato
1 biji Bawang besar
5 biji Cili PADI merah/hijau

masukkan bahan kisar ke dlm mangkuk
Campurkan bahan hiris, gaulkan..suaikan rasa.
Siap utk di makan bersama nasi daging.

Kredit : Eniza M. Salim



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker