Tan Sri Sabbaruddin Chik meninggal dunia

Veteran UMNO, Tan Sri Sabbaruddin Chik meninggal dunia petang tadi.

Perkara tersebut turut dikongsi Exco Negeri Pahang, Dato Sri Sharkar Shamsudin menerusi facebook beliau.

Allahyarham pernah menjawat jawatan Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia merupakan salah seorang mentor politik kepada Perdana Menteri, Dato Sri Ismail Sabri Yaakob.

Foto terakhir Ismail menyantuni Allahyarham mendapat tumpuan ramai.

Moga Allah cucuri rahmatNYA keatas roh Allahyarham.

Takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham.

 

Leave a Reply