Banjir Terengganu-jumlah mangsa banjir berkurangan

 

Jumlah mangsa banjir di Kuala Terengganu semakin berkurangan selepas tidak berlaku hujan lebat sejak Ahad dan cuaca cerah pagi Isnin.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu memaklumkan, hanya enam keluarga masih ditempatkan di sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Mangsa banjir membabitkan tiga buah kampung yang masih dinaiki air.

Bagaimanapun, banjir tidak serius kerana hanya di kawasan rendah dan memasuki dapur dan bilik mandi kediaman terlibat.

Sementara itu, menurut kenyataan Jabatan Pengairan dan Saliran Terengganu, paras air Sungai Nerus dekat Kampung Bukit menunjukkan bacaan 11.57 iaitu berada pada tahap waspada.

sinar



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button