86.5% populasi remaja lengkap divaksin

 

Seramai 2,721,784 atau 86.5% daripada populasi remaja di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan menerusi laman CovidNow, sebanyak 2,830,449 individu atau 90% daripada golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi dewasa pula, seramai 22,722,055 individu atau 97.1% telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 23,049,440 atau 98.5% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Sebanyak 54,517 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 1,713 dos pertama, 2,605 dos lengkap serta 50,199 dos penggalak.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 54,091,375 dos.

fmt



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button