3 remaja dihanyutkan arus deras semasa mandi Ahad lalu ditemui lemas

3 remaja dihanyutkan arus deras semasa mandi Ahad lalu ditemui lemas

3 remaja dihanyutkan arus deras semasa mandi Ahad lalu ditemui lemas
Satu daripada tiga mayat remaja yang ditemukan lemas di Sungai Batang Lassa, Sibu. – Foto ihsan Bomba

SIBU: Tiga remaja yang dilapor hilang dibawa arus deras ketika mandi di Sungai Batang Lassa, dekat sini, petang Ahad lalu ditemukan lemas awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak mengesahkan penemuan tiga mangsa terbabit dengan mayat pertama iaitu Herodias Anak Enggung, 13, dijumpai pekerja feri Muara Lassa jam 6.30 pagi.

Mayat mangsa kedua, Oziel Seman Anak Umpi, 13, dijumpai jam 8.22 pagi pada jarak dua kilometer dari lokasi terakhir mangsa dan dua lagi rakannya mandi sebelum tenggelam dan dibawa arus deras sungai Ahad lalu.



Seterusnya pasukan mencari dan menyelamat (SAR) meneruskan pencarian ke kawasan hilir sungai sebelum menemui mangsa ketiga, Aldrin Gambang Allan Kiai, 13, jam 9.05 pagi pada jarak empat kilometer dari lokasi insiden berlaku.

Mayat ketiga-tiga mangsa dibawa ke jeti lalu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Dalam kejadian petang Ahad lalu, empat remaja lelaki dikatakan sedang mandi-manda di perairan Batu Nangar Daro sebelum dibawa arus deras sungai.

Seorang daripada mereka sempat menyelamatkan diri, namun tiga yang lain hanyut dan hilang.



3 remaja dihanyutkan arus deras semasa mandi Ahad lalu ditemui lemas

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Hanya Malaysia Yang Kenakan Cukai Atas Duit Yang Di Dakwa Di Curi



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading