Rakyat Malaysia Takkan Berhenti Mendoakan Keadilan Untuk Najib Razak

Selepas keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang mengekalkan sabitan bersalah dan hukuman penjara 12 tahun ke atas bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau semalam sekali lagi mengulangi lafas sumpah laknat dengan menyatakan beliau tidak bersalah di atas tuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana SRC International.

Dalam satu video, Najib menyampaikan kenyataan bahawa beliau nyata kecewa dengan keputusan yang dibuat oleh mahkamah ke atas dirinya.



“Sebagai seorang yang beragama Islam saya nak menyatakan Wallahi Wabilahi Wattawallahi… bahawa saya tidak tahu, saya tidak minta, saya tidak pernah mengarahkan sesiapa untuk memindahkan RM42 juta itu ke akaun peribadi saya,” lafaz Ahli Parlimen Pekan itu dalam sidang media secara dalam talian semalam.

Pada 28 Julai lepas beliau ada melafazkan sumpah yang sama di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali ketika diberi peluang bercakap selepas penghujahan mitigasi pendakwaan dan pembelaan.

Selepas usai prosiding semalam, semua rakyat Malaysia terus tanpa henti berdoa supaya Najib diberikan keadilan dalam perbicaraan kes yang dihadapi beliau.

Semalam, di perkarangan Istana Kehakiman di Putrajaya kira-kira lebih 130 orang berkumpul di sana untuk menunjukkan solidariti kepada Najib sepanjang prosiding pendengaran keputusan rayuan beliau.



Dalam kes ini, ada pelbagai perkembangan terbaharu berlaku termasuk beberapa pendedahan melibatkan pihak tertentu yang dikatakan ada kaitan tertentu dalam kes ini tetapi dikatakan masih tidak tindakan diambil ke atas mereka.

Sekarang, kes ini akan berlarutan dan pasukan peguam bela Najib akan memfailkan rayuan seterusnya di Mahkamah Persekutuan iaitu peringkat terakhir rayuan untuk beliau.

Sudah pasti ia akan memakan masa dan proses perbicaraan akan terus berlaku sekali lagi selama berbulan-bulan dan berhari-hari.

Selama itu rakyat akan terus berdoa setiap hari berharap lambat laun keadilan sebenar akan diterima oleh Najib dalam kes ini.



Sejak Najib jadi Perdana Menteri pada 2009, beliau banyak membawa pendapatan kepada negara dalam bentuk pelaburan dan memastikan aset negara mempunyai rizab yang besar sebelum meletakkan jawatan pada 2018 ekoran Barisan Nasional (BN) kalah pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Begitu banyak perkara dilakukan dalam perkembangan pembangunan Malaysia antaranya pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo, pembinaan perumahan rakyat serta pemberian pelbagai bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Mereka yang hidup ketika Najib menjadi Perdana Menteri pasti merasa kesusahan dan kepayahan yang dihadapi oleh beliau berdepan kes ini.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button