Caj RM1 membebankan rakyat, menguntungkan bank

Caj RM1- Bank

 

Caj transaksi pengeluaran RM1 menggunakan mesin ATM akan dikenakan semula kepada pelanggan mulai Februari 2022. 



Nampak jumlah caj kecil namun sebenarnya ia membebankan rakyat tetapi dalam masa sama menguntungkan bank.

Untuk rekod, Payments Network Malaysia Sdn. Bhd (PayNet) adalah syarikat yang bertanggungjawab mengenakan caj RM1 terhadap pelanggan.

Bank Negara Malaysia (BNM) adalah pemegang saham terbesar dalam PayNet, manakala baki sahamnya dikuasai konsortium 11 bank.

 



 

Rakyat agak terkejut dengan pengumuman bank mengkritik tindakan bagi mengenakan semula caj RM1 untuk transaksi pengeluaran. Mereka mahu kerajaan mengkaji semula tindakan tersebut.

Mereka meluahkan rasa tidak puashati dengan keputusan bank mengenakan caj di media sosial dan mengkritik kerajaan sedangkan ia bukannya keputusan yang dibuat kerajaan.



Kementerian Kewangan perlu melihat perkara ini dengan serius dan mempertimbangkan kembali rundingan dengan pihak bank berkaitan caj yang dikenakan.

Bayangkan jika seorang pemegang akaun bank perlu mengeluarkan wang dari ATM tetapi bank tersebut tidak meletakkan kiosk ATM di tempat berkenaan.

Jika seorang dikenakan caj RM1 bagi setiap transaksi, berapa jumlah yang mampu dijana bank setiap hari? Berapa transaksi yang dilakukan pengguna sehari?



Kiraan kasar  anggaran sekiranya sehari sejumlah 5 juta transaksi dilakukan sehari di bank berlainan dan akaun berlainan, maka PayNet akan mendapat RM5 juta. Itu jumlah sehari, bayangkan sebulan?

RFID – menyusahkan atau menyenangkan rakyat?

 

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button