Pencarum ingin tahu jumlah hutang antara Kerajaan & KWSP

KWSP

 

Rakyat tertanya dan ingin tahu berapakah jumlah hutang kerajaan dengan KWSP setakat ini. Carian yang dibuat tidak dapat angka sebenar jumlah hutang kerajaan kepada KWSP.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja-KWSP dilaporkan mempunyai aset pelaburan mencecah RM1.02 trillion pada penghujung 2020.

Keengganan kerajaan meluluskan skim i-Citra kepada pencarum yang terjejas dengan banjir menyebabkan timbul persoalan adakah KWSP tidak lagi mempunyai aliran tunai.

BACA JUGA



Solusi kerajaan pula menggalakkan pencarum mengambil pinjaman tanpa faedah dari bank yang ditetapkan.

 

Pandemik Covid-19 banyak mempengaruhi aliran keluar wang KWSP menerusi skim yang diperkenalkan kerajaan bagi membantu rakyat yang kehilangan sumber pendapatan.

Ini berikutan Perintah Kawalan Pergerakan-PKP 1.0 hingga PKP 3.0 yang dikenakan bagi mengekang penularan covid19 di seluruh negara.

Perlu diakui skim i-Sinar dan i-Lestari banyak membantu pencarum KWSP dalam menguruskan ekonomi harian mereka dan ia hanya dinikmati dengan desakan yang datang dari Umno terhadap kerajaan di bawah Muhyiddin.



Ujian berlaku sekali lagi terhadap rakyat Malaysia apabila musibah banjir melanda dengan dasyatnya.

Ramai pencarum terjejas apabila kehilangan harta benda selain menanggung kos baikpulih kediaman serta harta benda yang rosak teruk akibat banjir.

Sekali lagi, Umno menerusi Najib dan Pemuda Umno meminta agar pencarum diberikan kelonggaran mengeluarkan simpanan KWSP mereka menerusi skim i-Citra.

Keputusan ditangan kerajaan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker