Bawa helikopter tonton konsert Coldplay

Oleh – Syeikh Baran


Bawa helikopter tonton konsert Coldplay
Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr

Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr yang juga peminat muzik mendapat kecaman dalam talian selepas beliau menggunakan helikopter kerajaan untuk mengelak kesesakan trafik di ibu kota negara itu untuk menyaksikan konsert kumpulan rock popular, Coldplay semalam.

Kebanyakan netizen di media sosial meluahkan kekecewaan mereka berkenaan lalu lintas yang sesak di sekitar Manila, sebuah bandaraya luas dihuni lebih 13 juta orang.



Metro Manila mempunyai trafik paling teruk di antara 387 bandar di 55 negara dunia dalam indeks dikeluarkan oleh firma navigasi dan pemetaan, Tom Tom sebelum ini.

Ia mengambil masa kira-kira 25 minit dan 30 saat untuk perjalanan sejauh 10 kilometer di Metro Manila, menurut dapatan firma itu.

Sebagai perbandingan, perjalanan dalam jarak yang sama di Kansas City di Amerika Syarikat (AS) hanya mengambil masa lapan minit dan 40 saat.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button