Chile mangsa lepas geram Speedy Tigers

Oleh – Syeikh Baran


Chile mangsa lepas geram Speedy Tigers
Skuad hoki negara ketika menentang Chile. – Foto ihsan FIH

Selepas gagal layak ke Sukan Olimpik Paris 2024, skuad hoki lelaki negara menjadikan Chile sebagai mangsa untuk melepaskan geram apabila membelasah pasukan itu 5-0 dalam aksi klasifikasi kelima hingga kelapan pusingan kelayakan di Muscat, Oman, sebentar tadi.

Dua minit kemudian, Mohamad Ashran Hamsani meletakkan Malaysia selesa di depan hasil gol padang yang dijaringkannya sebelum Muhammad Marhan Mohd Jalil menyudahkan pukulan sudut penalti pada minit ke-41 untuk gol ketiga pasukan.



Malaysia semakin garang selepas itu apabila Norsyafiq Sumantri menjaringkan gol keempat buat pasukan pada minit ke-48 sebelum Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal melengkapkan kemenangan skuad negara dengan gol kelima menerusi penalti stroke yang diperoleh pada minit ke-60.

Skuad negara seterusnya akan berdepan Kanada bagi penentuan tempat kelima dan keenam, esok.

Di Valencia, Sepanyol, skuad wanita terpaksa akur apabila mengakhiri kempen pusingan kelayakan Sukan Olimpik di tempat tercorot apabila tewas 1-2 di tangan Ukraine pada aksi penentuan tempat ketujuh dan kelapan, hari ini.

Keputusan itu menyaksikan skuad wanita pulang tanpa sebarang kemenangan apabila tewas semua tiga perlawanan peringkat Kumpulan B di tangan Sepanyol, Kanada dan Great Britain selain tewas kepada Korea Selatan pada aksi klasifikasi kelima hingga kelapan.



Sumber – Berita Harian


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading