Polis Selangor lupus dadah RM42 juta

Polis Selangor lupus dadah RM42 juta

Polis Selangor lupus dadah RM42 juta
Hussien (tengah) menunjukkan barang kes membabitkan pelbagai jenis dadah serta bahan kimia yang akan dilupuskan pada sidang media Pelupusan Barang Kes Dadah Kontinjen Selangor 2023 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Shah Alam, hari ini. – Foto NSTP/FAIZ ANUAR

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata pelupusan berkenaan membabitkan dadah seberat 1,991.26 kilogram (kg) dan 9,142 kertas siasatan.

“Antara dadah yang akan dilupuskan terdiri methamphetamine, heroin, ketamine, pil estacy dan erimin 5 dengan pelupusan dilakukan selepas mendapat perintah mahkamah berikutan prosiding mahkamah yang sudah selesai.

“Semua dadah yang dilupuskan seberat 1,991.26 kg dianggarkan bernilai RM42.26 juta. Pelupusan bahan kimia dan dadah ini akan dilaksanakan oleh syarikat Cenviro Sdn Bhd di Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan.



“Pihak polis turut berada di lokasi pelupusan bagi memastikan proses itu berjalan lancar,” katanya pada sidang media hari ini.

Dalam pada itu, Hussein berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor menahan 18,911 orang yang terbabit dalam aktiviti penagihan dan pengedaran dadah bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini.

Katanya, daripada jumlah itu seramai 609 pengedar dadah disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM306.31 juta turut dirampas bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini antaranya syabu (2,244.12 kg), ganja (407.98kg), heroin (169.19kg), ketamin (129.42kg) dan kokain (105.09kg).



“Selain itu, heroin base (26.06kg), pil estacy (99,550 biji), daun ketum (825.53kg), cecair ketum (5,525.08kg) dan candu masak (8.93 gram).

“Pada masa sama, JSJN Selangor berjaya menumpaskan 29 sindiket pengedaran dadah, termasuk empat kes makmal dadah haram di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata, polis turut menyita aset pengedar dadah membabitkan wang tunai, kenderaan, hartanah, bangunan dan rumah bernilai RM11.43 juta bagi tempoh sama.




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading