Pemandu positif dadah dipenjara 13 tahun, denda RM50,000 kerana langgar mati suri rumah
Pemandu positif dadah dipenjara 13 tahun, denda RM50,000 kerana langgar mati suri rumah

MUAR: Seorang lelaki yang didakwa memandu di bawah pengaruh dadah hingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal tahun lalu, dipenjara 13 tahun dan denda RM50,000 selepas mengaku salah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa memandu kereta jenis Nissan Sentral dalam keadaan merbahaya hingga merempuh mangsa, Norazam Omar, di Jalan Bakariah/Jalan Haji Ismail, di sini pada jam 10.20 malam, 4 Ogos tahun lalu.
Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 44 (1) (a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87) dan boleh dihukum mengikut seksyen sama.
Dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan juga denda RM100,000 jika sabit kesalahan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Gebang PAS Dalam Isu Palestin
- ‘Teori Domino’ Syed Imran
- BERSATU berantakan, Faizal Azumu pilih siapa?
Berdasarkan fakta kes, tertuduh ketika itu dipercayai mengambil ganja dan memandu dalam keadaan melulu serta membahayakan.
Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta dipandu tertuduh gagal dikawal lalu merempuh Norazam yang ketika itu sedang menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Sungai Abong, di sini.
Rempuhan itu, menyebabkan mangsa yang berusia 57 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
Ujian air kencing dijalankan pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar mendapati tertuduh positif ganja.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Arif Marzuki manakala tertuduh diwakili Nor Hafizah Abdullah daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- “Kalau kamu tidak tahu , elok diam” Setempek Nazri Aziz sergah Wan Ahmad Fayshal
- Mungkinkah MyOnePAS Adalah Platfom Penggubahan Wang Haram?
- Bekas Menteri Zionis Mahu Gaza Di Lenyapkan Terus!!!
Terdahulu, pihak pendakwaan mengemukakan hujahan agar mahkamah menjatuhkan hukuman maksimum dengan mengambil kira kesalahan serius dilakukan tertuduh yang menyebabkan kematian orang lain.
“Pihak pendakwaan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal supaya menjadi pengajaran kepada mereka di luar sana,” katanya.
Selepas mendengar hujahan kedua-dua belah pihak, mahkamah memutuskan supaya tertuduh dipenjara 10 tahun dan juga denda RM50,000 serta mengarahkan tertuduh dikenakan penjara tambahan tiga tahun jika gagal membayarnya.
Mahkamah juga memutuskan hukuman bermula dari tarikh sabitan iaitu hari ini manakala lesen memandunya digantung selama tujuh tahun.
Bagaimanapun, tertuduh tidak dapat membayar denda dan ini bermakna dia akan merengkuk dalam penjara selama 13 tahun.
Pemandu positif dadah dipenjara 13 tahun, denda RM50,000 kerana langgar mati suri rumah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Benarkah Ada Anak Melayu Telah Menjadi Agen MOSSAD?
- Mungkinkah Mas Ermieyati Sembunyikan Sesuatu Dalam Laporan PAC Mengenai Perolehan Covid 19?
- Mahathir Label HAMAS Sebagai Pengganas