Kempen ‘Undur Zahid’ dilaungkan oleh pengecut

Oleh – Bakhtiar Omar 

Semalam Presiden Umno, Datuk Seri Zahid Hamidi menerima keputusan yang ditetapkan Mahkamah untuk membela diri bagi pertuduhan kes terhadapnya.



Ibarat ‘mercun katak’, para orpurtunis yang masih berlegar dalam Umno sudah mula berbunyi. Tidak kurang golongan PENGECUT juga mengambil peluang bersuara.

Meninggalkan parti, cawangan serta Bahagian Umno selepas BN kalah adalah perkara yang sangat TIDAK BERMORAL dan menunjukkan siapa dirinya yang sebenar – PENGECUT.

Orputunis parti memang menanti peluang untuk kembali berkempen selepas gagal melaksanakannya selepas Umno tidak berjaya diharamkan ‘paymaster’ mereka.

Kini peluang sudah kembali terbuka dan alasan seseorang individu yang mempunyai kes mahkamah wajar samada melepaskan jawatan atau bercuti dari menjalankan tugas didendangkan.



TAKTIKAL ZAHID BOLEHKAN UMNO KEMBALI SEBAGAI PERDANA MENTERI

Peranan Zahid sebagai Presiden Umno ketika Umno tidak ada kuasa dalam kerajaan amat penting untuk survival Umno itu sendiri. jika tidak masakan Perdana Menteri sekarang dilantik dari pemimpin Umno walaupun Umno/BN bukan majoriti dominan dalam Dewan Rakyat.

Tidak menafikan gandingan bersama Najib, Mohamad Hassan, Tengku Razaleigh (sekadar beberapa nama) serta akar umbi, sudah lama Umno diharamkan.

Pengecut yang lari dahulunya melihat kekuatan Umno semakin pulih mula merapati parti dengan alasan mahu menguatkan parti. Semasa mereka melarikan diri alasan kononnya tidak mahu terlibat dalam politik lagi.



Pemilihan jawatan dalam Umno juga memberi kesan kepada para orpotunis ini. Apabila pemilihan ditangguhkan, ada perancangan tertentu oleh pihak tertentu telah gagal. Siapa pihak tertentu itu? Adakah mereka mahu mengawal Umno agar terus mengikut telunjuk mereka?

Ahli biasa Umno adalah adalah sumber kekuatan sebenar Umno. Merekalah penentu dasar dan kekuatan Umno, jadi jangan pandang rendah kepada keupayaan suara akar umbi ini.

Jadi kepada orpotunis serta ‘paymaster’ yang mahu membuat Umno ibarat ‘lembu ditindik hidung’, sebaiknya lupakan hasrat itu. 



Zahid perlu diberikan ruang sehingga pemilihan baru dilaksanakan. Buat sementara ini, Zahid masih Presiden Umno dan beliau masih berupaya mengemudi Umno dengan baik dan membuahkan hasil yang baik untuk survival Umno itu sendiri.

Zahid bidas Muhyiddin isu naik taraf Sri Perdana

 

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button