Polis tahan pasangan suami isteri

 

Polis menahan suami isteri yang disyaki pengedar dadah, dan memiliki sepucuk pistol jenis revolver dengan tiga peluru hidup di Kampar, dekat sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pasangan masing-masing berusia 30 itu itu ditahan di sebuah rumah di Mambang Di Awan.

Beliau berkata, siasatan mendapati lelaki berkenaan positif dadah, manakala si isteri didapati negatif dadah.

“Susulan kejadian, mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39(b) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 bagi kesalahan mengedar dadah.

“Selain itu, mereka disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 bagi kesalahan membabitkan senjata api,” katanya.

Mior berkata, suspek antara 496 individu ditahan polis menerusi Op Tapis Khas yang dijalankan serentak di seluruh Perak, sepanjang tiga hari, bermula Jumaat hingga Ahad lalu.

metro



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button