Mampukah Hishamuddin dapatkan kembali undi Tentera?

Hishamuddin Hussein Onn, satu nama besar dalam politik Umno Johor. Mewarisi legasi Umno yang merupakan ‘darah daging’ tiga generasi dan diturunkan kepada generasi ke-4.

Pernah menjadi Naib Presiden Umno sebelum melepaskan jawatan pada pemilihan lepas.



Kini beliau hanyalah Ketua Bahagian Umno Sembrong dan Bendahari Agung Barisan Nasional.

HASRAT MUHYIDDIN YASSIN

Sebagai salah seorang ‘de-facto’ Umno Johor, peranan Hishamuddin menghadapi PRN Johor amat penting bagi survival parti di Johor.

Sebagai figura yang agak popular dalam politik, pengaruh Hishamuddin dalam Umno tidak boleh dinafikan. 



Namun demikian, kedudukan beliau kini sebagai Menteri Kanan Pertahanan menenggelamkan peranan beliau dalam politik. 

 

 



Dalam PRN Melaka, pengaruh Hishamuddin terhadap undi Tentera ternyata tidak memberi kesan langsung. Calon BN kalah teruk di peti undi melibatkan kem Tentera dan ini sebenarnya satu tamparan kepada figura yang sering dikatakan boleh membantu parti.

Mengapa ini boleh berlaku? Adakah kerana Hishamuddin gagal mendekati warga Tentera atau gagal memahami kehendak Tentera? Atau beliau ‘kalah’ dengan Timbalan Menteri Pertahanan dalam soal menjaga kebajikan anggota Tentera?

Ujian besar menanti Hishamuddin dalam PRN Johor memandangkan di Johor undi Tentera boleh dikatakan agak banyak dan boleh memberi impak besar kepada BN. 

Kem Majidee, Kem Mahkota antara kem yang mempunyai ramai pengundi dalam PRN Johor dan tugas Hishamuddin sebagai figura Umno Johor ialah mencari kaedah serta tawaran yang baik untuk menarik undi mereka kepada BN. 



Sekiranya dalam PRN Johor beliau masih gagal berbuat demikian, tidak mustahil populariti Hishamuddin sebagai ahli politik akan terus merudum.

Sewajarnya beliau menoleh sebentar kekalahan di PRN Melaka bilamana pengaruh Umno dalam Tentera semakin merosot sejak mengambil alih jawatan sebagai Menteri Pertahanan.

PRN Johor ; PAS buat lagi perangai ‘pelacur politik’

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button