MUDA ditaja oleh siapa sebenarnya?

 

Agak menghairankan bila Parti MUDA yang ditunjangi Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membuat ‘crowd funding’ bagi mencari dana PRN Johor.



Benarkah ‘crowd funding’ tersebut hanya helah kerana sebenarnya ada sebuah parti dari Sabah sudah memberi bantuan kewangan kepada MUDA untuk kempen PRN Johor?

Bagaimanapun jika diperhatikan dalam kempen menerusi facebook Syed Saddiq, beliau kelihatan bersama seorang anak taikun terkemuka. 

Adakah beliau mendapat tajaan daripada taikun berkenaan untuk membawa ideologi yang lebih liberal kepada pengundi muda di Johor?



Atau sebenarnya Saddiq masih membawa agenda Mahathir? Hanya Saddiq mempunyai jawapan terhadap persoalan ini.

Syed Saddiq
Sumber Foto – Google

JIKA MUDA BERTANDING 5 KERUSI BAGAIMANA MAHU JADI MAJORITI DALAM DEWAN UNDANGAN NEGERI?

Sebagai sebuah parti yang melaungkan akan membawa pembaharuan di Johor, sehingga hari ini  tiada pengesahan jumlah kerusi MUDA tandingi.

Jika MUDA hanya bertanding 3-5 kerusi di PRN Johor, mana mungkin MUDA boleh membawa pembaharuan kepada Johor itu sendiri apabila hanya menjadi minoriti dalam dewan.

Agak mengelirukan, untuk bertanding di kesemua 56 kerusi Dun Johor, MUDA perlu perbelanjaan yang agak besar bagi membolehkan calon mereka membayar wang deposit serta wang untuk berkempen. 



Apatah lagi MUDA tidak mempunyai keahlian yang boleh memberi impak besar di Johor.

Untuk menggerakkan jentera sudah pasti memerlukan kewangan yang kukuh. Itu belum disentuh soal persediaan kempen, pergerakan calon berkempen dan perbelanjaan calon bagi kempen.

SYED SADDIQ BERTANDING DI DUN PERLING?

Agak memalukan, Saddiq sendiri dikatakan tidak berani bertanding dimana-mana DUN dalam Parimen Muar.

Tinjauan yang kami lakukan di Muar selama 2 hari mendapati pengundi Muar sebenarnya sudah tidak percaya kepada Syed Saddiq.



Jika dahulu beliau bersama PPBM dan selepas berlaku krisis beliau meninggalkan PPBM, kini beliau terbukti memusuhi PPBM itu sendiri.

Beliau dijangkakan akan cuba meminta ehsan dari DAP bagi bertanding disalah satu kerusi tradisi DAP di Johor untuk menang mudah.

Dikatakan juga Syed Saddiq akan cuba mempengaruhi pemimpin DAP Johor untuk membantu kempen MUDA di Johor selain mencari kawasan selamat untuk ditandingi sekiranya tidak mendapat kerusi tradisi DAP.

“Kekal bawa suara rakyat, i-Citra akan diperjuangkan”



 

 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading