Imigresen serbu 25 premis, tahan 95 PATI di Perak
Imigresen serbu 25 premis, tahan 95 PATI di Perak

IPOH: Jabatan Imigresen menahan 95 warga asing membabitkan pelbagai kerakyatan susulan serbuan ke atas 25 premis sekitar bandar raya ini dan Gopeng, semalam.
Serbuan sempena operasi bermula 11 pagi hingga 12 tengah malam itu tertumpu kepada kedai pakaian, premis makanan, pusat cucian kenderaan, pusat hiburan, pusat rekreasi dan lot penjaja swasta yang membabitkan warga asing.

Timbalan Pengarah Imigresen Perak, Sharmanrizal Rustam berkata, warga asing ditahan membabitkan 39 dari Thailand, diikuti masing-masing 18 warga Myanmar dan Pakistan, 11 warga Kemboja, lima warga Indonesia dan masing-masing seorang warga Pakistan, Laos, Filipina dan Mesir.
Beliau berkata, semua warga asing berkenaan ditahan untuk siasatan kerana dipercayai melakukan kesalahan mengikut tiga peruntukan perundangan.
“Mereka dipercayai dengan munasabah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen1959/63 iaitu tidak memiliki sebarang pas sah untuk berada di negara ini, selain Seksyen 15(1)(c) iaitu telah tinggal lebih masa dan kesalahan mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat Pas Lawatan.
“Imigresen Perak berharap masyarakat dapat menyalurkan maklumat untuk membantu usaha membanteras kebanjiran PATI, dengan tindakan tegas bakal diambil terhadap majikan atau individu yang menggaji atau melindungi PATI termasuk menerusi pendakwaan di mahkamah,” katanya.
Imigresen serbu 25 premis, tahan 95 PATI di Perak
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Siapa Pegawai Mantan PM Yang Tidak Mahu Datang Bila Di Panggil SPRM?
- UMNO Dan DAP Mesti Bijak, Jangan Saling ‘Membunuh’
- Mahathir Semakin Tenggelam Dengan Kerosakan Ciptaan Beliau
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :