Buruh 15 rekod jenayah antara 4 ditahan kes dadah di Kedah

Buruh 15 rekod jenayah antara 4 ditahan kes dadah di Kedah

Buruh 15 rekod jenayah antara 4 ditahan kes dadah di Kedah
Fisol (dua dari kanan) menunjukkan dadah yang dirampas dalam serbuan di Kedah. – NSTP/ ZULIATY ZULKIFFLI

Alor Setar: Seorang buruh yang memiliki 15 rekod jenayah lampau antara empat ditahan dalam dua serbuan berasingan di sekitar daerah ini Khamis lalu, yang turut menyaksikan rampasan ganja mampat bernilai RM50,250.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, selain lelaki berasal dari Kuala Ketil itu, dua lagi suspek yang ditahan turut disahkan mempunyai masing-masing lima rekod membabitkan kes jenayah dan dadah, manakala seorang lagi iaitu wanita tiada rekod jenayah lampau.

Mengulas lanjut, katanya, dalam serbuan pertama dua lelaki berusia 24 dan 43 tahun ditahan ketika menaiki sebuah Perodua Aruz dalam keadaan mencurigakan di Kampung Kuala Alor, dekat Jalan ALor Mengkudu, di sini pada jam 1.30 pagi.



Pemeriksaan lanjut kemudian menemukan enam balutan plastik lutsinar di kawasan tempat duduk penumpang bahagian tengah kenderaan yang kemudian disahkan mengandungi ganja dengan anggaran berat 6.2 kilogram (kg).

“Kedua-dua suspek yang mempunyai lima rekod jenayah lampau dan disahkan positif methampetamine kemudian ditahan dan kini direman sehingga 10 Januari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Bahagian III ADB 1988,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Adakah Kerajaan Akan Terus Biarkan Cubaan Merampas Kuasa Berlarutan




Dalam satu serbuan berasingan pula, Fisol berkata, seorang lelaki berusia 36 dan waniat berusia 32 tahun ditahan pada jam 4.10 pagi dalam serbuan di tepi lorong, Kampung Kuala Alor di Jalan Alor Mengkudu, pada hari sama susulan maklumat diperoleh.

“Pemeriksaan di tempat duduk penumpang bahagian belakang kereta jenis BMW dinaiki mereka menemukan kotak berisi 10 balutan plastik lutsinar yang kemudian disahkan dadah disyaki ganja dianggarkan seberat lebih 10kg.

“Kedua-dua suspek mereka ditahan dengan semakan mendapati lelaki berusia 36 tahun itu mempunyai empat rekod kesalahan dadah dan 11 rekod kes jenayah,” katanya.

Dua suspek itu direman sehingga 10 Januari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 39 ADB 1952 dan Bahagian IIu ADB 1988 dan polis percaya dadah berkenaan dibawa masuk dari negara jiran.



Buruh 15 rekod jenayah antara 4 ditahan kes dadah di Kedah

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

“Ambil gambar tapi tulis semua tidak betul” – Najib



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button