Pengerusi pertubuhan kebajikan ditahan SPRM tipu bantuan ‘Back To School’

Pengerusi pertubuhan kebajikan ditahan SPRM tipu bantuan ‘Back To School’

Pengerusi pertubuhan kebajikan ditahan SPRM tipu bantuan 'Back To School'
Foto hiasan.

KUALA TERENGGANU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengerusi sebuah pertubuhan kebajikan kerana disyaki mengemukakan permohonan bantuan persekolahan tidak wujud bernilai RM5,000.

Sumber berkata, permohonan dengan butir matan palsu terhadap sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Terengganu itu dibuat wanita berusia lingkungan 40-an itu membabitkan program ‘Back To School’ kononnya untuk diagihkan kepada 100 pelajar asnaf yang disenaraikan.

Bagaimanapun, bantuan berkenaan didakwa tidak pernah diterima penerima dalam senarai bantuan itu, malah program ‘Back To School’ terbabit juga tidak pernah diadakan.



Suspek ditahan kira-kira jam 12 tengah hari tadi di pejabat SPRM Terengganu ketika hadir memberi keterangan.

Suspek dijangka dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu esok untuk pertuduhan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu, Hazrul Shazreen Abd Yazid ketika dihubungi mengesahkan penahanan yang dibuat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – BERNAMA

Pengerusi pertubuhan kebajikan ditahan SPRM tipu bantuan ‘Back To School’


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



“Ambil gambar tapi tulis semua tidak betul” – Najib

 

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button