“Melayu Percaya Illuminati” – KJ Dedah Punca Peratusan Vaksinasi Rendah Berbanding Kaum Lain

Enggan melihat dari isu perkauman, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengakui kaum Melayu mencatatkan peratusan vaksinasi dos penggalak dan juga Program Vaksinasi COVID-19 Kanak-kanak (PICKids) paling rendah berbanding kaum-kaum yang lain, lapor Astro Awani.

Jelas Khairy, kementerian kini sedang berusaha sebaiknya untuk melaksanakan sesi libat urus bagi menjawab sebarang kemusykilan serta isu-isu tular dalam kalangan masyarakat terutama kaum Melayu berhubung pemberian vaksinasi.

Katanya lagi, antara sebab mereka enggan atau menangguhkan pemberian vaksin kepada anak-anak dan juga menerima dos penggalak adalah kerana percaya pada cerita Illuminati.



Ini merupakan satu cabaran yang besar, tetapi kita cuba (atasi) cabaran besar ini sebab Melayu percaya kepada Illuminati.

“Satu kaum, penerimaan dos penggalak sangat tinggi, dan kaum lain penerima dos penggalak agak rendah. Maka, saya rasa kalau kita tidak mengambil kira maklumat tersebut, kita tidak akan dapat melakukan intervensi yang berkesan.

Dalam pada itu, beliau yang ditemui dalam sidang media memaklumkan bahawa kerajaan hanya akan melakukan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPD) yang tertumpu kepada kawasan tertentu sahaja.

 



Beautifulnara


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading