Kuatkan asas akidah boleh bantu elak ketagihan pornografi – Timbalan Mufti Perak



Pembentukan asas akidah yang kuat dalam kalangan anak-anak mampu menjadi benteng diri daripada terjebak dengan masalah ketagihan pornografi.

Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim berkata, pembentukan akidah yang baik itu perlu bermula daripada didikan ibu bapa dan keluarga di rumah.

Menurutnya, antara perkara yang boleh dititikberatkan dalam menguatkan asas akidah adalah dengan memberi penerangan yang jelas berkaitan dosa dan pahala.

“Akidah daripada perspektif Islam diibaratkan seperti tunjang bagi sepohon pokok. Kuat tunjangnya, maka kuat juga kekuatan diri sebagai seorang Muslim.



“Dalam hal ini, ibu bapa perlu perbanyakkan melakukan aktiviti ibadah bersama anak-anak terutama membaca al-Quran dan puasa. Ini akan membantu menguatkan asas akidah mereka dan membuatkan diri mereka rasa sentiasa diawasi ALLAH dan takut berbuat kejahatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan Sinar Harian pada Selasa berhubung jenayah seksualmelibatkan golongan kanak-kanak yang semakin membimbangkan berpunca daripada pengaruh pornografi di media-media sosial.

Rekod menunjukkan, jenayah tersebut meningkat dengan ketara dan terdapat 405 mangsa dilaporkan bagi tempoh dua tahun sejak tahun 2020, jumlah itu termasuklah kanak-kanak.

Mengulas lanjut, Zamri berkata, dalam perkembangan teknologi sekarang, ibu bapa dinasihatkan tidak sewenang-wenangnya melepaskan penggunaan gajet ke atas anak-anak tanpa kawalan.



Katanya, meskipun ia sudah menjadi satu keperluan, namun dalam Islam, sesuatu hak atau kebebasan adanya garis panduan iaitu selagi tidak melampaui maka ia diharuskan, jika melampaui batasan, maka ia dilarang.

“Sebaiknya menerangkan kepada mereka perkara yang boleh dan tidak boleh dalam penggunaan peranti itu,” katanya.

 

Sinar Harian



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker