Kembalikan semangat Umno mendepani ujian

Ucapan dasar Presiden Umno tajam, ajak kumpul semula kekuatan Umno

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Kembalikan semangat Umno mendepani ujian

Semangat Umno perlu dikembalikan bagi memastikan parti terus relevan mendepani ujian besar politik di masa hadapan.



Dari keseluruhan ucapan Presiden Umno, Dato Seri Zahid Hamidi, beliau banyak mengajak perwakilan agar merenung dan berfikir.

Menyentuh pelbagai ujian yang melanda Umno sejak kekalahan pada 2018, Zahid mengingatkan bagaimana Dato Sri Najib Razak dijadikan mangsa pendakwaan berpilih hanya kerana Umno kehilangan kuasa.

Bagaimana hinanya Umno diperlakukan tatkala pihak lain berjaya mempengaruhi pemikiran pengundi dengan pelbagai tohmahan dan fitnah.

Dalam nada agak kecewa, Zahid menyebut bagaimana kejituan semangat Umno luntur selepas segelintir pemimpin tidak tahan ujian yang mendatang saat kehilangan kuasa.



Dalam ucapan itu juga, Zahid menjelaskan bagaimana persetujuan diperolehi untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan selepas PRU15.

Semua perjalanan politik dan perancangan serta apa yang berlaku sebalik tabir digarap Zahid dalam ucapan dasar beliau.

ZAHID JELASKAN TUDUHAN TIDAK BENAR TERHADAP UMNO

Kembalikan semangat Umno mendepani ujian

Beliau turut menjelaskan apa yang berlaku dalam Umno semasa berdepan ujian-ujian yang menguji semangat setiakawan, kesetiaan komponen BN.



“Tidak adil juga tuduhan kononnya dalam soal pemilihan calon, Presiden bertindak bersendirian. Daripada 119 calon UMNO, hanya enam (6) sahaja yang bertukar di saat akhir,  atas beberapa pertimbangan. Bakinya 113, adalah hasil rundingan dengan Pengerusi Perhubungan Negeri bersama Top Five.” – Zahid

Dalam ucapan dasar Presiden pada 2020, Zahid pernah mengungkapkan beberapa perkara seperti berikut,

  • “Adakah sesuatu yang mustahil untuk UMNO dan rakan-rakan kongsi politiknya membina “political reset” yang akan mewarnai landskap politik baharu di negara ini?  
  • Biarpun tanpa perundingan dengan mana-mana pihak setakat ini, saya dapat merasai impian rakyat yang amat mengharapkan kewujudan sebuah ‘unity government’ demi kestabilan politik negara.

  • “UMNO sangat terbuka untuk melakukannya selepas PRU-15 nanti. Namun, terlebih dahulu UMNO wajib terus direlevankan dan mendominasi politik tanah air. Justeru, kita perlu dominan, baharulah kita relevan.



  • “Untuk itu, kepimpinan UMNO di semua peringkat dan seluruh akar umbi harus berlapang dada dan berfikiran terbuka untuk menghadapi reset politik ini”

Jelas sekali Zahid sebenarnya berjaya membawa Umno melayari ujian besar bersama tanpa mengurangkan kemampuan pemimpin tertinggi Umno yang lain.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button