Dipecat kerana sering MC pada Isnin

London: Seorang pendandan rambut yang dipecat kerana mengambil cuti sakit mendapat keadilan apabila mahkamah, baru-baru ini, mengarahkan majikannya membayar pampasan 3,453 pound sterling (kira-kira RM18,406).

Metro UK melaporkan, majikan terbabit, Christian Donnely, 39, diperintahkan mahkamah membayar ganti rugi itu kepada Celine Thorley, 25, selepas hakim mendapati wanita itu ada alasan kukuh iaitu senggugut.

Tribunal pekerja memutuskan Thorley, dari Cardiff, dipecat secara tidak adil oleh majikannya yang gagal mengikuti proses pemecatan secara telus.



Konflik antara mereka berlaku apabila Donnelly, pemilik Acute Barbers di Cardiff University Students’ Union, memberi amaran kepada Thorley ketika hujung syif, pada satu Jumaat, supaya jangan hampakannya dengan tidak datang kerja pada Isnin.

Pada Isnin, Thorley menghantar mesej kepada Donnely, mengatakan dia tidak dapat datang kerja kerana sakit.

Donnely kemudian bertindak memecatnya dan memberitahu tribunal yang Thorley mengambil lebih banyak cuti sakit berbanding rakan sekerjanya pada tahun pertama bekerja.



Thorley, secara keseluruhan, dikatakan tidak hadir pada 17 kali Isnin dan Selasa.

Tribunal diberitahu Thorley yang wanita itu tidak dapat hadir kerana senggugut.

Thorley memberitahu hakim dia menghidap endometriosis, satu keadaan boleh menyebabkan sakit pelvis yang melumpuhkan sambil menyatakan ibu mentuanya mengambil cuti untuk menjaganya.

Dia berada dalam senarai menunggu untuk dilihat oleh pakar sakit puan, walaupun pendandan rambut itu belum disahkan secara rasmi menghidap penyakit itu.



Agensi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button