Pelajar politeknik maut dalam perjalanan ke kelas

Pelajar politeknik maut dalam perjalanan ke kelas

Pelajar politeknik maut dalam perjalanan ke kelas
Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa kemalangan membabitkan lima pelajar Politeknik Port Dickson dan seorang penunggang motosikal dalam kemalangan di Kilometer 28 Lebuhraya Seremban – Foto ihsan bomba

PORT DICKSON: Seorang pelajar Politeknik Port Dickson maut, manakala empat rakannya cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Kilometer 28 Lebuhraya Seremban-Port Dickson menghala ke gerbang Port Dickson di sini, awal pagi tadi.

Nahas kira-kira jam 6.20 pagi itu membabitkan kereta Perodua Kancil dinaiki lima pelajar itu dengan penunggang sebuah motosikal jenis SYM 180 yang turut mengalami kecederaan.

Difahamkan, ketika kejadian semua pelajar berkenaan dalam perjalanan dari Seremban untuk ke kelas.



Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Mohd Kamal Mohd Timar, berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila Perodua Kancil terbabit terbabas ke kiri jalan lalu merempuh pembahagi jalan.

“Semua mangsa yang menaiki kereta berusia awal 20-an, manakala penunggang motosikal berusia 24 tahun cedera di anggota badan.

“Mangsa berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba dengan menggunakan peralatan khas dan kemudian dihantar ke Hospital Port Dickson untuk rawatan,” katanya.

Pelajar politeknik maut dalam perjalanan ke kelas


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Kehadiran Roger Ng dan Jasmin Loo mampu ‘upset’ kan skrip konspirator kes 1mdb.

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading