Harga ayam tak patut naik

Kuala Lumpur: Harga ayam sepatutnya tidak mengalami kenaikan mendadak memandangkan kerajaan sudah memberi subsidi di peringkat ladang.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid berkata, peruntukan dianggarkan RM300 juta sudah diluluskan kerajaan untuk menstabilkan harga.

Menurutnya, setiap kilogram ayam di ladang akan menerima subsidi 60 sen dan ia adalah komitmen kerajaan untuk menstabilkan harga.



“Apabila subsidi diberikan kepada penternak, mereka boleh jual kepada pemborong dengan harga lebih rendah dengan RM5.60 sekilogram.

“Manakala pemborong pula menjual RM7.60 sekilogram kepada peniaga dan pengguna akan menerima harga siling RM8.90 sekilogram.

“Tapi kenaikan harga dalam rantaian ini berlaku jika masih ada pihak yang mahu mengaut keuntungan berganda memandangkan permintaan tinggi,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Rosol berkata, penguatkuasaan yang dijalankan kementeriannya juga mendapati ada peniaga yang enggan berkongsi maklumat lanjut mengenai kenaikan harga.



Katanya, keadaan ini menyukarkan kementerian mengambil tindakan kepada pihak yang culas dan mahu untung berganda.

“Ada peniaga enggan bagi maklumat kenaikan harga kerana takut pemborong tidak mahu bekalkan ayam kepada mereka.

“Bila dakwa harga naik dari pemborong, mereka perlu tampil beri maklumat dan dokumen berkaitan seperti resit sebagai bukti kenaikan. Tindakan terpaksa diambil jika tiada bukti kukuh yang boleh dikemukakan peniaga,” katanya.

Polemik kenaikan harga ayam mentah sudah berlarutan namun kembali stabil untuk tempoh beberapa bulan lalu.



Namun sejak awal Ramadan, pengguna dan peniaga merungut ekoran kenaikan harga ayam sehingga terpaksa dijual melebihi harga siling.

METRO


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading